Life of a Reverted Muslim

"O believers enter into Islam completely and do not follow the footsteps of Shaitan, surely he is your clear-cut enemy. If you falter after receiving the clear-cut message, then keep in mind that Allah is Mighty, Wise. Are they waiting for Allah to come down to them in the shadow of clouds, along with the angels, and make His decision known? Ultimately all matters will be presented to Allah for decision"
(Surah Al-Baqara, Ayah 208-210)


Thursday, August 25, 2011

Ramadhan membersih dosa, Syawal mengumpul dosa??


Aidilfitri bakal menjelang tiba tetapi apabila tibanya Aidilfitri adalah untuk merayakan kemenangan kita di bulan Ramadhan al-Mubarak melawan nafsu dan dibersihkan dosa dosa kita yang lampau akan tetapi tanpa kita sedari, banyak yang terperangkap dengan bisikan syaitan dengan kembali MENGUMPUL dosa di Aidilfitri.

Bagaimana kita mengumpul dosa di Aidilfitri tanpa kita sedari? Kebanyakan kita akan pulang ke kampung halaman untuk beraya dan bagi yang tiada kampung halaman pasti akan kunjung mengunjungi sanak saudara atau rakan terdekat dan pada masa itu kita akan bersalam salaman mengucap Selamat dan memohon kemaafan sesama kita akan tetapi apakah halal bagi kita bersalaman dengan semua orang mahupun saudara kita yang selama ini kita merasakan halal? Usah biarkan alasan "janji niat mak cik boleh salam", "ni nak hormat orang tua takkan tak boleh salam bukannya ada nafsu" atau paling popular "takkan hari raya tak nak bersalaman dengan orang pula nanti apa yang orang kata pasal kita" tetapi adakah kita kisah apa yang orang kata mengenai kita tetapi kita mengetepikan perintah dan larangan oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w? Semoga penjelasan di bawah ini bermanfaat untuk kita semua.



MAHRAM BAGI LELAKI

Rumusan mahram bagi lelaki.

Mahram hubungan tali kekeluargaan.

1. Ibu
2. Anak perempuan
3. Adik beradik perempuan
4. Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.
5. Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.
6. Makcik (adik beradik ibu)
7. Makcik (adik beradik bapa)

Mahram dengan sebab susuan dan musoharah (perkahwinan)

1. Ibu mertua
2. Anak tiri perempuan
3. Isteri bapa (ibu tiri)
4. Menantu perempuan.
5. Isteri atuk (nenek tiri)

(ruj. Al-Majmuk jilid 2 m.s 35 Dar-Fikr cet.2000)

Huraian mahram bagi lelaki.

Haram nikah kerana nasab iaitu kerabat ada 7
(perincian dari surah An-Nisak ayat 23)

1) Ibu
- Setiap yang melahirkan kamu – iaitu ibu kandung kamu
- Begitu juga ibu kepada ibu kamu (nenek) dan ke atas (ibu kepada nenek dan ke atas)
- Begitu juga dari bahagian bapa – seperti ibu kepada bapa (iaitu nenek sebelah bapa) dan nenek-nenek bapa.

2) Anak perempuan

- Setiap anak perempuan kandung kamu.
- Setiap anak perempuan yang lahir daripada anak kandung kamu (iaitu cucu perempuan)

3) Adik beradik perempuan

- Setiap perempuan yang lahir daripada ibu bapa kamu atau salah seorang daripada kedua-duanya.
- Bernikah dengan mereka haram sama ada adik beradik perempuan sebapa atau seibu atau adik beradik sebapa dan seibu.

4) ‘Ammah - Makcik (adik beradik bapa)

- Mereka adalah adik beradik bapa, sama ada adik beradik sebapa seibu atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu.
- Kemudian ‘Ammah (makcik) kepada bapa dan ‘Ammah (makcik) kepada ibu.
- ‘Ammah (makcik) kepada atuk dan ‘Ammah (makcik) kepada nenek.

5) Kholah - Makcik (adik beradik ibu)

- Mereka adalah adik beradik ibu, sama ada adik beradik sebapa seibu atau adik beradik sebapa atau adik beradik seibu.
- Kemudian kholah (makcik) kepada bapa dan kholah (makcik) kepada ibu.
- Kholah (makcik) kepada atuk dan kholah (makcik) kepada nenek.

6) Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki.

- Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki, sama ada adik beradik lelaki sebapa seibu atau adik beradik lelaki sebapa atau adik beradik lelaki seibu
-Kemudian, anak perempuan kepada anak lelaki daripada adik beradik lelaki (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik lelaki).
-Anak perempuan kepada anak perempuan daripada adik beradik lelaki (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik lelaki).
-Dan ke bawah (iaitu cicit perempuan daripada adik beradik lelaki).

7) Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan.

- Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan, sama ada adik beradik perempuan sebapa seibu atau adik beradik perempuan sebapa atau adik beradik perempuan seibu.
- Begitu juga anak perempuan kepada anak lelaki daripada adik beradik perempuan (iaitu cucu perempuan daripada adik beradik perempuan).
- Anak perempuan kepada anak lelaki daripada anak perempuan daripada adik beradik perempuan (iaitu cicit perempuan daripada adik beradik perempuan)
- Dan ke bawah.

Haram sebab Musoharah (perkahwinan)

1) Ibu kepada isteri (ibu mertua)

-sama ada sudah bergaul dengan isteri atau belum.
-Ibu mertua seperti ibu kandung kamu.
-sama ada ibu kandung isteri kerana nasab atau ibu susuan.
-Begitu juga haram ke atas lelaki setiap yang bersambung kepada isterinya dari kalangan nenek (iaitu nenek-nenek yang bersambung daripada isteri). Nenek daripada bapa isteri atau nenek daripada ibu isteri.

2) Anak perempuan isteri (anak tiri)

-Tidak menjadi haram (muabbad) kecuali setelah bersama dengan isteri.

Masalah:
[Berkahwin dengan seseorang wanita tetapi tidak dukhul (tidak jimak) kemudian bercerai, maka dia boleh berkahwin dengan anak perempuannya (bekas anak tiri).

Tetapi jika sudah dukhul, maka dia tidak boleh berkahwin dengan anak tirinya walaupun setelah diceraikan ibunya.

Manakala apabila berkahwin dengan seorang perempuan maka tidak boleh berkahwin dengan ibunya buat selama-selamanya (ibu mertua adalah haram muabbad) sama ada dukhul atau tidak dukhul]

3) Isteri anak lelaki (menantu)

- Begitu juga isteri kepada anak lelaki anak kamu (isteri cucu kamu)
-Dan ke bawah dengan sebab nasab atau susuan.

4) Isteri bapa (ibu tiri)

- Termasuk juga isteri bapa (ibu tiri) dan isteri atuk (nenek tiri) dan ke atas daripada pihak bapa atau ibu atau kedua-duanya. Diharamkan juga berkahwin dengan isteri bapa daripada susuan.

5) Menghimpunkan isteri antara dua adik beradik.

Kelima-lima pengharaman tersebut bersumber dari Al-Quran dan terdapat dua sumber pengharaman daripada Sunnah iaitu:

1) Menghimpunkan antara isteri dan ‘Ammahnya (makcik daripada adik beradik bapa)
2) Menghimpunkan antara isteri dan Kholahnya (makcik daripada adik beradik ibu)

(ruj. Al-Majmuk jilid 17 m.s 377- 379 Dar-Fikr cet.2000)


[Contoh masalah]

1.Bolehkah biras (pihak lelaki) berkahwin dengan biras (pihak perempuan)?

Contoh: Ayah isteri telah lama meninggal manakala ibu suami juga telah lama meniggal. Bolehkah ayah isteri berkahwin dengan ibu suami?

Jawapan: Boleh

2.Seorang ayah berkahwin dengan seorang wanita janda yang mempunyai anak perempuan. Bolehkah anak lelakinya berkahwin dengan akak atau adik tirinya?

Jawapan:

a) Boleh sekiranya akak atau adik tirinya itu adalah anak hasil perkahwinan ibu tiri dengan bekas suami lamanya.

b) Tidak boleh sekiranya akak atau adik tirinya itu adalah anak hasil daripada perkahwinan ayahnya dengan ibu tirinya. Kerana mereka adalah adik beradik sebapa.

3. Bolehkah suami berkahwin dengan bekas ibu tiri isteri?

Jawapan: Boleh kerana ibu tiri isteri bukanlah ibu kandung isteri dan bukanlah ibu susuan isteri.

4. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan bekas ibu tirinya?

Jawapan: Tidak boleh kerana ibu tiri adalah haram muabbad.

5.Bolehkah seorang anak berkahwin dengan salah seorang adik beradik ibu tirinya?

Jawapan: Boleh.


Juga suka saya ingatkan diri saya dan saudara saudari saya bahawa jangan kita terbiasa bersalam sambil membongkokkan badan kita. Sebagaimana hadis ini;

Dari Anas bin Malik R.A, bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, apabila ada di antara kami bertemu saudara atau kawan, bolehkah ia membongkok dirinya terhadapnya sebagai tanda hormat?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "tidak"

Orang itu bertanya lagi: "Boleh dia dipeluk dan dicium?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "tidak."
Orang itu bertanya lagi: "Bolehkah memegang tangan lalu menjabat tangannya?"
Rasulullah S.A.W menjawab: "Benar."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi berstatus Hassan).

Semoga bermanfaat untuk kita semua dan adalah digalakkan disebarkan untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.



No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting my blog and take some time off to read and May it benefit everyone. Everything that is good come from Allah and for every shortcoming come from me. I appreciate all your criticism, suggestion and comment. No permission needed to share as all belong to Allah. Jazakallahu Khaira (May Allah Reward You with Good) for your time and comment....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...